Bulan Ramadhan, bulan yang ke-sembilan dalam kalender Islam adalah waktu yang suci dan terpenting bagi umat Islam seluruh dunia. Ianya penuh dengan ampunan dan hikmat. Ramadhan juga merupakan tanda bimbingan dan penilaian antara yang benar dan yang salah.
Antara persediaan menyambut bulan Ramadhan yang suci ini, sepertimana yang dinyatakan dalam laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ummat Islam diseru supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya:
- Solat sunat Tarawih
- Solat-solat sunat yang lain
- Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
- Memberikan hidangan berbuka puasa
- Banyakkan membaca tahlil
- Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
- Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
- Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
- Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Marilah kita jalinkan hubungan baik dengan ibu bapa, seisi keluarga dan rakan-rakan secara khasnya. Begitu juga sama-sama kita memperbaik hubungan sesama jiran dan masyarakat secara umumnya.
Sebagai persiapan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, bagaimanakah anda menghiasi rumah dan persekitaran rumah anda?